200,000 rakyat Selangor menerima manfaat rawatan asas, vaksinasi

14 Nov 2025, 9:10 AM
200,000 rakyat Selangor menerima manfaat rawatan asas, vaksinasi

SHAH ALAM, 14 NOV: Seramai 200,000 rakyat Selangor akan menerima manfaat kesihatan yang menyeluruh, merangkumi rawatan asas dan vaksinasi sehingga RM500, rawatan hospitalisasi sehingga RM10,000, rawatan dialisis sehingga RM10,000 dan perlindungan penyakit kritikal sehingga RM5,000.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata sehingga September 2025, seramai 84,346 individu telah didaftarkan sebagai pemegang polisi utama program ISS berbanding 67,303 individu pada tahun 2024.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM40 juta bagi menyediakan akses kesihatan awam yang berkualiti kepada rakyat Selangor, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana pada tahun 2026.

“Program Iltizam Selangor Sihat (ISS) yang telah terbukti memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat, menerima peruntukan sebanyak RM20 juta.

Program Iltizam Selangor Sihat diperkenalkan pada tahun 2024 sebagai penambahbaikan daripada program sebelumnya, Skim Insurans Peduli Sihat yang telah dilancarkan pada tahun 2022.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan lagi manfaat rawatan kesihatan kepada rakyat Selangor, terutamanya golongan B40

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619