Selangor anggar hasil boleh dikutip RM2.8 bilion, premium tanah penyumbang utama

14 Nov 2025, 7:42 AM
Selangor anggar hasil boleh dikutip RM2.8 bilion, premium tanah penyumbang utama

SHAH ALAM, 14 NOV: Kerajaan Negeri menganggarkan hasil boleh dikutip berjumlah RM2.8 bilion tahun depan, dengan premium tanah sebagai penyumbang utama sebanyak RM1.02 bilion.

Dato' Menteri Besar berkata penyumbang kedua terbesar ialah hasil cukai tanah sebanyak RM691.27 juta, manakala pemberian persekutuan berjumlah RM263.16 juta merupakan ketiga terbesar.

"Dengan mengambil kira jangkaan hasil negeri berjumlah RM2.8 bilion dan anggaran perbelanjaan RM3.23 bilion, maka belanjawan 2026 mengalami defisit dianggarkan RM430 juta.

"Kerajaan Negeri sentiasa berjaya mengurangkan defisit kepada satu jumlah munasabah menerusi instrumen kawalan perbelanjaan serta amalan prinsip tadbir urus kewangan yang baik," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2026 hari ini, jelasnya, unjuran defisit berjumlah RM430 juta tahun depan akan dibiayai sepenuhnya melalui baki Akaun Hasil Disatukan.

Selangor memperuntuk RM3.23 bilion dalam belanjawan tahun hadapan. Sebanyak RM1.86 bilion diagih untuk perbelanjaan mengurus, manakala RM1.37 bilion bagi pelaksanaan pembangunan.

Sehingga 13 November 2024, hasil negeri mencapai jumlah kutipan RM2.429 bilion bersamaan 110.43 peratus daripada anggaran hasil tahun 2024 sebanyak RM2.2 bilion.

Daripada jumlah tersebut, hasil cukai mencapai kutipan sebanyak RM704.95 juta (94.52 peratus), hasil bukan cukai mencatatkan RM1.49 bilion (122.21 peratus) dan terimaan bukan hasil berjumlah RM226.55 juta (99.14 peratus).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619