Kerajaan Negeri minta Selangor FC serah laporan insiden kekecohan penyokong

13 Nov 2025, 4:18 AM
Kerajaan Negeri minta Selangor FC serah laporan insiden kekecohan penyokong
Kerajaan Negeri minta Selangor FC serah laporan insiden kekecohan penyokong

SHAH ALAM, 13 NOV: Kerajaan Negeri meminta pihak pengurusan Selangor FC menyerahkan laporan berkaitan kekecohan yang dicetuskan penyokong selepas aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) menentang Persib Bandung minggu lalu.

EXCO Sukan Najwan Halimi berkata pengurusan Selangor FC perlu mengadakan perbincangan dalaman bagi menyelesaikan isu yang melanda kelab berkenaan.

“Kami meminta pihak pengurusan Selangor FC memaklumkan kepada Kerajaan Negeri berkaitan insiden yang berlaku serta kelemahan yang dihadapi untuk tujuan penambahbaikan.

EXCO Sukan Najwan Halimi bercakap kepada media selepas sesi libat urus banci ekonomi 2026 data nadi ekonomi rakyat di Hotel Premiere, Klang pada 11 November 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Mereka juga perlu berunding bagi menyusun semula strategi terbaik supaya prestasi Selangor FC kembali pulih,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Sesi Libat Urus BE2026 bersama pemegang taruh Selangor di Klang.

Najwan menegaskan, Kerajaan Negeri tidak mencampuri pengurusan kelab tetapi sentiasa bersedia membantu dari aspek pembangunan dan dana.

Insiden kekecohan berlaku susulan kegagalan Selangor FC mengekalkan kemenangan dalam kempen ACL2, apabila tewas 2-3 kepada Persib Bandung di Stadium MBPJ, Khamis minggu lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619