Politik Malaysia semakin stabil, bukti formula perpaduan berkesan - MB

11 Nov 2025, 11:42 AM
Politik Malaysia semakin stabil, bukti formula perpaduan berkesan - MB
Politik Malaysia semakin stabil, bukti formula perpaduan berkesan - MB
Politik Malaysia semakin stabil, bukti formula perpaduan berkesan - MB
Politik Malaysia semakin stabil, bukti formula perpaduan berkesan - MB

SHAH ALAM, NOV 11: Landskap politik Malaysia kini menunjukkan tahap kestabilan yang semakin kukuh selepas melalui tempoh ketidaktentuan pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata pengalaman pergolakan politik ketika itu menjadi pengajaran penting kepada semua pihak tidak kira parti politik mahupun kepimpinan negara untuk membentuk kerajaan yang lebih besar, kuat dan stabil.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap sebagai Panelis Seminar Pelaburan Utama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Royal Chulan Kuala Lumpur pada 11 November 2025. Foto Facebook Amirudin Shari

“Selepas 2018, kita menyaksikan kerajaan hanya mampu bertahan antara 12 hingga 18 bulan.

”Namun sejak terbentuknya Kerajaan Perpaduan selepas PRU15, kestabilan mula kembali dan kini sudah hampir tiga tahun pentadbiran berjalan lancar,” katanya ketika Seminar Pelaburan Utama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) hari ini.

Beliau menegaskan bahawa formula perpaduan yang diterajui Perdana Menteri merupakan asas penting kepada pentadbiran berkesan, yang bukan sahaja mengekalkan kestabilan politik, malah membolehkan pelaksanaan dasar yang lebih berkesan.

“Apabila kerajaan kuat dan stabil, dasar yang diperkenalkan dapat dilaksana dengan lebih tersusun.

“Contohnya, pelaksanaan subsidi bersasar seperti inisiatif diesel berjalan dengan baik walaupun berdepan cabaran awal,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa politik Malaysia kini menuju kematangan, dengan semua pihak semakin bersedia untuk bekerjasama merentas parti dan wilayah demi kepentingan rakyat.

“Ini bukan sekadar misi politik pemimpin tertentu, tetapi misi nasional untuk Malaysia.

”Kekuatan sebenar terletak pada keupayaan kita bergabung dan mengekalkan kestabilan demi masa depan negara,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619