Funwalk 3km Klang Marathon 2025 tarik penyertaan golongan OKU

9 Nov 2025, 11:00 AM
Funwalk 3km Klang Marathon 2025 tarik penyertaan golongan OKU
Funwalk 3km Klang Marathon 2025 tarik penyertaan golongan OKU

KLANG, 9 NOV: Acara Klang Royal City Marathon 2025 menampilkan keistimewaan tersendiri apabila kategori funwalk sejauh tiga kilometer (3km) turut disertai golongan orang kurang upaya (OKU).

Datuk Bandar Klang, Dato' Abd Hamid Hussain berkata, beliau berkesempatan berjumpa dengan beberapa peserta termasuk dari Kuala Lumpur dan terharu melihat semangat mereka menyertai acara tersebut.

"Kehadiran golongan OKU dalam larian ini memberi makna besar kerana mereka juga mahu menjadi sebahagian daripada masyarakat."

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) Dato' Abd. Hamid Hussainbercakap kepada media selepas larian Klang Royal City Marathon di Bandar Bukit Raja Town Park, Klang pada 9 november 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

"Program seperti ini membuka ruang kepada semua lapisan untuk bersama-sama menikmati aktiviti sihat," katanya ketika ditemui selepas melepaskan peserta larian program itu, hari ini.

Beliau berharap agar lebih banyak penganjuran seumpama ini diteruskan bagi memberi peluang kepada OKU menyertai aktiviti komuniti di mana-mana sahaja.

Dalam pada itu, Dato' Abd Hamid turut menzahirkan penghargaan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) atas kelulusan menggunakan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) sebagai laluan maraton tersebut.

Peserta larian Klang Royal City Marathon di Bandar Bukit Raja Town Park, Klang pada 9 november 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

"Ini kali pertama acara seumpama ini diadakan di WCE yang baru beroperasi."

"Terima kasih kepada LLM atas kerjasama yang membolehkan penganjuran berjalan lancar. Jika ada peluang lagi, kami akan terus menganjurkan program seperti ini," katanya.

Katanya penganjuran itu mendapat penyertaan amat menggalakkan dengan lebih 5,000 peserta mengambil bahagian dalam pelbagai kategori termasuk funwalk 3km, 5km, 10km, 21km dan 42km.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619