Pelajar alami pengalaman pemerhatian bintang & astrofotografi di Balai Cerap Selangor

9 Nov 2025, 3:26 AM
Pelajar alami pengalaman pemerhatian bintang & astrofotografi di Balai Cerap Selangor

Pada 22 Oktober 2025, seramai 80 pelajar dari Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam serta 30 peserta lagi terdiri daripada wakil dan peserta jemputan telah menyertai Pertandingan Stargazing & Mobile Astrophotography anjuran SABDA yang berlangsung di Balai Cerap Selangor. 

Sepanjang program dua hari, 21 hingga 22 Oktober, para peserta berpeluang mengikuti aktiviti pemerhatian langit malam dan latihan asas astrofotografi menggunakan telefon pintar, sambil bermalam di khemah bagi merasai suasana sebenar pemerhati bintang.

Program ini dijalankan bertepatan dengan kemunculan hujan meteor Orionids. Walaupun cuaca agak mendung, peserta tetap bersemangat menggunakan aplikasi SkyView bagi mengenal pasti kedudukan bintang dan laluan meteor.

Pertandingan ini bukan sahaja memperkenalkan asas fotografi astronomi mudah alih, tetapi juga menarik minat terhadap astronomi, sains dan keindahan alam semesta.

Ikuti jurugambar Adibah Izam, yang mengabadikan detik pembelajaran,  eksplorasi malam di Balai Cerap Selangor.

Peserta mencuba teleskop yang disediakan ketika Stargazing Mobile astrophotography anjuran SABDA di Balai Cerap Sungai Lang Sabak Bernam.

Peserta mendengar penerangan kakitangan Balai Cerap ketika Stargazing Mobile astrophotography anjuran SABDA di Balai Cerap Sungai Lang Sabak Bernam.
Peserta mencuba teleskop yang disediakan ketika Stargazing Mobile astrophotography anjuran SABDA di Balai Cerap Sungai Lang Sabak Bernam.
Khemah disediakan pihak penganjur ketika Stargazing Mobile astrophotography di Balai Cerap Sungai Lang Sabak Bernam pada 22 Oktober 2025.
Peserta mencuba aplikasi skyview lite ketika Stargazing Mobile astrophotography anjuran SABDA di Balai Cerap Sungai Lang Sabak Bernam.

Seorang peserta mencuba aplikasi skyview lite ketika Stargazing Mobile astrophotography anjuran SABDA di Balai Cerap Sungai Lang Sabak Bernam.
Peserta mencuba aplikasi skyview lite ketika Stargazing Mobile astrophotography anjuran SABDA di Balai Cerap Sungai Lang Sabak Bernam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619