Lelaki cedera dikelar ketika cuba leraikan pergaduhan

8 Nov 2025, 11:43 AM
Lelaki cedera dikelar ketika cuba leraikan pergaduhan

KUALA LUMPUR, 8 NOV: Seorang lelaki tempatan cedera dikelar ketika cuba meleraikan salah faham antara rakannya dan empat lelaki di Jalan Metro Pudu, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata mangsa berusia 21 tahun itu mengalami kecederaan pada bahagian kepala, muka dan tangan akibat kelaran pisau dan suspek turut melarikan barangan milik rakan mangsa dalam insiden tersebut.

“Susulan kejadian itu, empat lelaki tempatan berusia 16 hingga 23 tahun ditahan seterusnya direman tujuh hari bermula Khamis lalu hingga Rabu ini kerana disyaki melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penahanan suspek pada Rabu lalu dibuat di tiga lokasi berbeza di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan mangsa berjalan dalam keadaan berlumuran darah dan cuba dibantu individu lain yang berada di lokasi kejadian.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619