Pameran, bazar seni amal jadi wadah kebajikan, bantu ibu tunggal, komuniti

8 Nov 2025, 10:42 AM
Pameran, bazar seni amal jadi wadah kebajikan, bantu ibu tunggal, komuniti
Pameran, bazar seni amal jadi wadah kebajikan, bantu ibu tunggal, komuniti
Pameran, bazar seni amal jadi wadah kebajikan, bantu ibu tunggal, komuniti
Pameran, bazar seni amal jadi wadah kebajikan, bantu ibu tunggal, komuniti
Pameran, bazar seni amal jadi wadah kebajikan, bantu ibu tunggal, komuniti

SHAH ALAM, 8 NOV: Pameran dan Bazar Seni Amal Harapan 2025 yang berlangsung di Galeri Shah Alam hingga 16 November menjadi platform kebajikan bagi mengumpul dana membantu ibu tunggal serta komuniti memerlukan.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Seni Selangor Musa Idris berkata selain membuka peluang baharu bagi pelukis tempatan menonjolkan karya mereka, ia sekali gus membuktikan seni boleh menjadi penggerak kebajikan dan memberdaya sosial.

“Pameran ini membuka ruang, bagaimana seni boleh menjadi penggerak kebajikan dan pemberdayaan sosial. Dana yang dikumpulkan akan disalurkan untuk membantu dan menyokong ibu tunggal serta komuniti yang memerlukan.

“Ia tanda solidariti dunia seni terhadap mereka. Ini menjadikan pameran ini bukan sekadar tontonan, tetapi manifestasi cinta dan tanggungjawab besar.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Seni Selangor Musa Idris berucap ketika majlis perasmian Pameran dan Bazar Seni Amal Harapan di Galeri Shah Alam pada 8 November 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Galeri Shah Alam berhasrat, sinergi ini menjadi contoh pada masa depan seni negara, melibatkan pelbagai pihak pelukis, institusi dan masyarakat bergerak dalam satu misi untuk mengangkat seni sebagai bahan dan nilai ilmu serta empati,” katanya.

Beliau berucap pada majlis perasmian Pameran dan Bazar Seni Amal Harapan yang disempurnakan Pelukis Diraja Selangor Dato’ Azman Yusof di Galeri Shah Alam, hari ini.

Sementara itu, Azman dalam ucapannya mencadangkan supaya pameran berkenaan dijadikan acara tahunan, sejajar impak positifnya terhadap seni dan masyarakat.

“Diharap golongan pelukis berbagai genre memberi sokongan padu kepada inisiatif besar dan mulia ini supaya kelangsungan berterusan pada masa akan datang dan pameran ini menjadi acara tetap yang diadakan setiap tahun,” katanya.

Pelukis Diraja Selangor Dato’ Azman Yusof berucap ketika majlis perasmian Pameran dan Bazar Seni Amal Harapan di Galeri Shah Alam pada 8 November 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Azman yang juga antara pengasas awal majalah Gila-Gila, turut mengimbau perjalanan awal bersama majalah humor itu, satu pengalaman yang membuka matanya terhadap realiti kehidupan.

“Kami bermula dari ‘scratch’. Sehingga kadang-kadang saya rindu saat itu. Berada di bawah adalah kelebihan paling besar yang pernah saya dan rakan-rakan lalui. Kita dapat jelajah banyak tempat, yang orang atas tidak mampu pergi dan rasa.

“Baru saya sedar, negara yang ramai kaum marhaen melahirkan ramai orang spiritual. Falsafah, pemikir dan penyajak. Pengalaman begini tiada dalam silibus sekolah hatta universiti sekalipun,” katanya.

Pameran yang berlangsung hingga 16 November dibuka kepada orang ramai bermula jam 10 pagi hingga 6 petang, menawarkan pelbagai tarikan termasuk Pameran Rupa yang menampilkan karya pelukis terkenal Amron Omar daripada koleksi Pakha Sulaiman.

Selain itu, Bazar Seni Amal Harapan yang berlangsung dari 7 hingga 9 November dan 14 hingga 16 November turut menawarkan hasil seni dan kraf tempatan, aksesori, fesyen serta pelbagai juadah makanan dan minuman termasuk manisan serta kopi.

Pelukis Diraja Selangor Dato’ Azman Yusof (kiri) merasmikan Pameran dan Bazar Seni Amal Harapan di Galeri Shah Alam pada 8 November 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Antara hasil seni di Pameran dan Bazar Seni Amal Harapan di Galeri Shah Alam pada 8 November 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619