Festival Ban Canal tarik peserta antarabangsa, lonjak pelancongan desa Sekinchan

8 Nov 2025, 8:04 AM
Festival Ban Canal tarik peserta antarabangsa, lonjak pelancongan desa Sekinchan
Festival Ban Canal tarik peserta antarabangsa, lonjak pelancongan desa Sekinchan
Festival Ban Canal tarik peserta antarabangsa, lonjak pelancongan desa Sekinchan
Festival Ban Canal tarik peserta antarabangsa, lonjak pelancongan desa Sekinchan
Festival Ban Canal tarik peserta antarabangsa, lonjak pelancongan desa Sekinchan

SEKINCHAN, 8 NOV: Dianjur sejak 2022, kini Festival Ban Canal menerima peserta luar negara walaupun diadakan di kawasan luar bandar, kata EXCO Kemajuan Desa dan Luar Bandar, Datuk Rizam Ismail.

Menurutnya, peserta dari China yang berada di kedudukan kelima dunia bagi sukan Stand Up Paddling (SUP) turut memilih festival di Sekinchan itu sebagai salah satu lokasinya berentap dengan peserta dari Jepun dan Malaysia.

“Pencapaian program semakin baik saban tahun, penyertaan amat membanggakan dan menggalakkan. Ia bukan saja tarik pelancong luar dan dalam untuk lebih mengenali apa itu Ban Canal sebuah terusan yang dibina sejak zaman British.

“Tetapi festival ini berjaya meningkatkan aktiviti ekonomi orang tempatan,” katanya ketika ditemui Media Selangor selepas majlis perasmian Festival Ban Canal di Simpang Lima Sekinchan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

EXCO Kemajuan Desa dan Luar Bandar, Datuk Rizam Ismail berucap ketika Karnival Ban Canal 2025 di Parit 14 Simpang 5 Sabak Bernam pada 8 November 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Acara berlangsung dari 7 hingga 9 November itu mempertaruhkan pertandingan sukan air sebagai acara utama. Ia turut dimeriahkan dengan jualan makanan usahawan Platform Selangor (PLATS) dan reruai pameran agensi kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Rizam turut berbangga apabila festival itu meraih Acara ‘Pelancongan Terbaik di di Anugerah Industri Pelancongan anjuran Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA).

Jelasnya, acara itu menerima hampir 20,000 pengunjung dalam dan luar negara pada tahun ini sekali gus membuka potensi besar pelancongan desa dan pertanian.

“Anugerah pelancongan ini bukan datang bergolek, ia telah disusun dengan kerangka dan pengisian yang baik oleh MBI (Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)). Ia pencapaian baik dan menjadi penanda aras. Boleh ditambah baik dan program itu terus diperkenalkan,” katanya lagi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama pengunjung Karnival Ban Canal 2025 di Parit 14 Simpang 5 Sabak Bernam pada 8 November 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619