TVET bukan lagi aliran kelas kedua, teras masa depan tenaga mahir

6 Nov 2025, 10:24 AM
TVET bukan lagi aliran kelas kedua, teras masa depan tenaga mahir
TVET bukan lagi aliran kelas kedua, teras masa depan tenaga mahir
TVET bukan lagi aliran kelas kedua, teras masa depan tenaga mahir
TVET bukan lagi aliran kelas kedua, teras masa depan tenaga mahir

HULU LANGAT, 6 NOV: Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) kini bukan lagi dianggap sebagai aliran kelas kedua, sebaliknya menjadi tunjang utama dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi seiring dengan keperluan industri moden.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS), Muhammad Syazwan Mohd Daut berkata TVET kini diiktiraf sebagai aliran pendidikan berpotensi besar dalam membentuk masa depan mampan dan memperkukuh ekonomi negara melalui pembangunan modal insan berkemahiran.

“Melalui Hari Terbuka TVET 2025 anjuran YRMS ini, kita menerima 217 penyertaan pelajar sekolah menengah yang menyertai bengkel eksplorasi diri bagi membantu mereka menentukan hala tuju selepas persekolahan.

"Inovasi yang dipamerkan dalam pertandingan TVET juga membuktikan pelajar memiliki bakat dan kemahiran tinggi sekali gus membuka mata ibu bapa terhadap potensi sebenar aliran ini,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah IKTBN Dusun Tua, Samsuri Arif berkata program seumpama itu menjadi platform penting memperkasa pelajar TVET agar seiring dengan kehendak pasaran kerja dan kemajuan teknologi.

“Selain membuka peluang pekerjaan, pendekatan TVET turut membentuk keyakinan diri pelajar untuk terus maju dalam bidang kemahiran,” jelasnya.

Majlis turut diserikan dengan keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, yang berkenan meninjau pameran kemahiran serta berinteraksi bersama pelajar dan peserta.

Hari Terbuka TVET anjuran YRMS turut menampilkan pelbagai aktiviti interaktif, sesi perkongsian kerjaya dan pameran kemahiran daripada institusi latihan serta rakan industri strategik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619