MetMalaysia keluar nasihat taufan Kalmaegi

5 Nov 2025, 3:23 PM
MetMalaysia keluar nasihat taufan Kalmaegi

KUALA LUMPUR, 5 NOV: Taufan Kalmaegi yang membadai Filipina dikesan berada kira-kira 405 kilometer (km) dari barat laut Kudat, Sabah, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan Kalmaegi kini berada pada kedudukan latitud 12.5 utara dan longitud 116.1 timur, kira-kira 627 km ke Barat Laut Puerto Princesa, Filipina.

Berdasarkan pencerapan MetMalaysia pada 8 malam ini, taufan itu bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 30 km/j dan potensi kelajuan maksimum ialah 194 km/j.

"Keadaan ini boleh menyebabkan hujan berterusan di Sabah dan Labuan serta angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan," menurut kenyataan itu.

Angka kematian akibat Taufan Kalmaegi di Filipina meningkat melebihi 90 orang hari ini manakala puluhan lagi hilang dan cedera.

Secara keseluruhan, seramai 706,549 penduduk di 24 wilayah terjejas akibat taufan itu, termasuk 436,911 yang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing, menurut Pejabat Pertahanan Awam (OCD) Filipina.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619