Pasport Malaysia kini ketiga terkuat dunia, bebas visa ke 174 negara

5 Nov 2025, 11:58 AM
Pasport Malaysia kini ketiga terkuat dunia, bebas visa ke 174 negara

SHAH ALAM, 5 NOV: Pasport Malaysia terus mencipta kebanggaan apabila kini berada di tangga ketiga dunia dalam Passport Index 2025, sekali gus membolehkan rakyat negara ini menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa ke 174 negara di seluruh dunia.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, kedudukan berprestij itu menunjukkan tahap kepercayaan tinggi masyarakat antarabangsa terhadap sistem keselamatan dan integriti dokumen perjalanan Malaysia.

"Pemegang pasport warganegara Malaysia menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa ke 174 buah negara di seluruh dunia," menurut jabatan berkenaan.

Berdasarkan data menerusi www.passportindex.org, pasport Emiriah Arab Bersatu (UAE) berada di kedudukan pertama Passport Power Rank, diikuti oleh Singapura dan Sepanyol di tempat kedua.

Malaysia berada di kedudukan ketiga bersama-sama 15 negara lain, iaitu Belgium, Perancis, Jerman, Belanda, Finland, Luxembourg, Itali, Denmark, Portugal, Switzerland, Greece, Austria, Norway, Ireland dan Korea Selatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619