119 warga emas, OKU di Sungai Buloh terima manfaat agihan fidyah Mais

5 Nov 2025, 1:30 AM
119 warga emas, OKU di Sungai Buloh terima manfaat agihan fidyah Mais

SUNGAI BULOH, 5 NOV: Seramai 119 warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sekitar Sungai Buloh menerima bantuan kewangan serta kotak makanan asas menerusi Program Agihan Fidyah anjuran Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Program berkenaan dilaksanakan melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kampung Paya Jaras Tengah.

Menurut Yide, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya memastikan kutipan fidyah diagih secara berkesan dan memberi manfaat kepada golongan sasar di seluruh negeri.

“Yide sentiasa komited memperkukuh jaringan kebajikan melalui pendekatan menyeluruh dan kerjasama pelbagai agensi bagi memastikan tiada pihak yang terpinggir,” katanya dalam kenyataan.

Dalam masa sama, Yide mengajak orang ramai untuk terus membudayakan amalan sedekah dan zakat yang mampu memberi impak besar kepada mereka yang memerlukan, terutama ketika berdepan kesempitan hidup atau bencana tidak diduga.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619