Rusuhan bersenjata, polis tahan 11 lelaki

3 Nov 2025, 12:37 PM
Rusuhan bersenjata, polis tahan 11 lelaki

MIRI, 3 NOV: Polis menahan 11 lelaki berumur antara 16 hingga 25 tahun bagi membantu siasatan kes rusuhan bersenjata di kawasan Waterfront Miri awal pagi semalam.

Tangkapan dibuat susulan video berdurasi seminit yang tular menerusi media sosial memaparkan kejadian merusuh yang dikatakan berlaku selepas dua lelaki bergesel bahu.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kejadian berlaku kira-kira 2.05 pagi dan menyebabkan seorang lelaki cedera.

“Mangsa dirawat di Hospital Umum Miri dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pelbagai jenis senjata turut dirampas untuk membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 324/148 Kanun Keseksaan.

Mohd Farhan turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan isu sensitif berkaitan kejadian itu menerusi media sosial.

Mereka yang mempunyai maklumat lanjut, katanya boleh menghubungi talian 085-433730 atau Insp Zulaihka Mohd Anuar 010-7975445 untuk membantu siasatan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619