Suspek tembak rakyat Malaysia di Golok ditahan polis Thailand

3 Nov 2025, 1:20 AM
Suspek tembak rakyat Malaysia di Golok ditahan polis Thailand
Suspek tembak rakyat Malaysia di Golok ditahan polis Thailand

SHAH ALAM, 3 NOV: Lelaki yang dipercayai menembak mati seorang rakyat Malaysia di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand, kelmarin ditahan pihak berkuasa negara itu malam tadi.

Menurut sumber pasukan keselamatan, suspek berusia lingkungan 30-an itu menyerah diri di Balai Polis Sungai Golok sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

“Semakan mendapati suspek mempunyai dua kerakyatan, iaitu Thailand dan Malaysia. Dia ditahan sejurus tampil menyerah diri malam tadi,” katanya ketika dihubungi, lapor Harian Metro.

Semalam, media melaporkan peniaga beg dan batu permata warga Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, maut selepas dipercayai ditembak 18 das oleh dua individu dikenali di rumahnya di Sungai Golok.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok pada jam 9 malam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619