Warisan dan spiritual: Perayaan Sembilan Maharaja Dewa disambut penuh adat

2 Nov 2025, 3:01 AM
Warisan dan spiritual: Perayaan Sembilan Maharaja Dewa disambut penuh adat

Upacara perayaan Sembilan Maharaja Dewa merangkumi pelbagai ritual sembahyang dan perarakan diraikan penganut Taoisme selama sembilan hari pada bulan kesembilan kalendar lunar.

Ia bermula dengan perarakan menjemput sembilan dewa, diikuti sembahyang berterusan di tokong, dan diakhiri dengan perarakan menghantar mereka pulang melalui jalan air.

Pelbagai pantang larang perlu dipatuhi sepanjang sembilan hari antaranya berpantang makan daging, bawang putih, dan makanan berunsur haiwan selain berpakaian serba putih.

Mereka juga menghadiri sembahyang harian di tokong dan mengikuti pelbagai ritual seperti pembakaran colok, persembahan buah-buahan, serta upacara penyucian diri untuk menebus dosa.

Pada hari terakhir, satu lagi upacara besar dijalankan untuk “menghantar” dewa kembali ke syurga, lazimnya melalui laut atau sungai yang sama.

Jurufoto Fikri Yusof merakam upacara yang berlangsung di tokong Kau Ong Ya, Ampang, yang menonjolkan nilai keagamaan dan spiritual, serta memperkukuh semangat komuniti dalam meraikan tradisi turun-temurun ini.

Penganut Tao menghidupkan api sebelum upacara Perayaan Sembilan Maharaja Dewa di Tokong Kau Ong Yah, Ampang.
Pengunjung teruja melihat upacara Perayaan Sembilan Maharaja Dewa di Tokong Kau Ong Yah, Ampang.
Bara api yang kelihatan panas sebelum upacara Perayaan Sembilan Maharaja Dewa di Tokong Kau Ong Yah, Ampang.
Penganut Tao meratakan bara api sebelum upacara Perayaan Sembilan Maharaja Dewa di Tokong Kau Ong Yah, Ampang.
Penganut Tao berjalan di atas bara api bagi upacara Perayaan Sembilan Maharaja Dewa di Tokong Kau Ong Yah, Ampang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619