23 usahawan Selangor sertai MIHAS di Shanghai

1 Nov 2025, 5:58 AM
23 usahawan Selangor sertai MIHAS di Shanghai

SHAH ALAM, 1 NOV: Seramai 23 usahawan Selangor akan menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Shanghai, China bermula 5 hingga 10 November ini.

EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi berkata penyertaan itu melibatkan usahawan bawah Platform Selangor (PLATS) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Kerajaan Negeri menaja 80 peratus kos sewaan reruai manakala selebihnya ditanggung oleh usahawan yang antaranya akan memasarkan produk makanan, minuman, kesihatan dan kreatif.

“Harap usaha membawa usahawan ini dapat membantu mereka memasarkan produk selain memberi ruang meneroka potensi baharu serta membina jaringan lebih meluas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Komputer Riba di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik di sini, hari ini.

Mohd Najwan turut berharap peserta memanfaatkan peluang itu dengan sebaik-baiknya.

“Saya harap usahawan terpilih ke China ini dapat membawa pulang ilmu dan kemahiran yang mereka peroleh di sana serta berkongsi dengan usahawan lain pada masa akan datang,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619