Mandi sungai berakhir tragedi, dua kanak-kanak lemas

31 Okt 2025, 2:47 PM
Mandi sungai berakhir tragedi, dua kanak-kanak lemas

SHAH ALAM, 31 OKT: Dua kanak-kanak lemas ketika mandi sungai di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis, hari ini.

Mangsa yang lemas ialah Iskandar Zulkarnain Mohd Faizal, 8, dan rakannya, Muhammad Haikal Hakim Mohd Yuhanis, 10.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.40 petang sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Perlis dikejarkan ke lokasi, lapor Berita Harian.

"Siasatan awal mendapati, pada mulanya terdapat lima kanak-kanak yang mandi di sungai berkenaan namun tiga daripadanya diselamatkan orang awam dan seorang daripada mereka masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Bagaimanapun dua mangsa, (Iskandar Zulkarnain dan Muhammad Haikal Hakim) gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang tiba di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619