RM67.9 juta setahun bagi khidmat kutip sampah di Petaling Jaya

31 Okt 2025, 9:46 AM
RM67.9 juta setahun bagi khidmat kutip sampah di Petaling Jaya
RM67.9 juta setahun bagi khidmat kutip sampah di Petaling Jaya
RM67.9 juta setahun bagi khidmat kutip sampah di Petaling Jaya

PETALING JAYA, 31 OKT: Sejumlah RM67.9 juta dibelanja setiap tahun bagi perkhidmatan kutipan sampah domestik dan pembersihan awam di kawasan Petaling Jaya untuk tempoh tujuh tahun mulai 1 November 2025 hingga 31 Oktober 2032.

Datuk Bandar Petaling Jaya berkata, KDEB Waste Management (KDEBWM) akan membahagikan kawasan operasi kepada 59 zon bagi kutipan sampah domestik dan 88 zon bagi perkhidmatan pembersihan awam, dengan penggunaan 150 lori operasi termasuk 56 lori kompaktor, 6 lori kompaktor mini dan 88 lori ‘arm roll’ (RORO).

“Kontrak asal bermula dari 1 Ogos 2018 hingga 31 Julai 2025, kontrak baharu itu bernilai RM67.9 juta setahun, berbanding RM55.27 juta setahun dalam kontrak terdahulu menunjukkan peningkatan 13.51 peratus.

“Kenaikan ini diharap dapat meningkatkan kualiti kutipan sampah dan kerja pembersihan, seiring dengan kenaikan cukai pintu di Petaling Jaya,” kata Mohamad Zahri Samingon.

Ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis serahan lori, Mohamad Zahri turut menyeru semua warga kerja MBPJ dan KDEBWM agar memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk, selaras dengan cukai yang dibayar.

“Mengikut sesi keterlibatan lepas antara MBPJ dengan penduduk, mereka tidak mempunyai masalah membayar cukai tetapi mahu khidmat kutipan sampah dan pembersihan ditingkatkan.

“Saya berterima kasih kepada KDEBWM atas penyediaan lori dan kenderaan baharu yang mampu menjalankan dua fungsi operasi bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan,” katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619