Bekas kekasih, abang angkat antara ditahan kes wanita maut tidak berpakaian

31 Okt 2025, 6:18 AM
Bekas kekasih, abang angkat antara ditahan kes wanita maut tidak berpakaian

SHAH ALAM, 31 OKT: Tiga lelaki termasuk bekas teman lelaki dan abang angkat kepada seorang wanita yang ditemui maut tanpa pakaian di kawasan semak Bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan, ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata ketiga-tiga suspek tempatan berusia 25 hingga 30 tahun itu ditahan semalam, manakala beberapa individu lain sedang dikesan.

Menurutnya, identiti mangsa telah dikenal pasti dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat wanita itu ditemui jam 3.45 petang kelmarin selepas orang awam terhidu bau busuk mencurigakan di kawasan Jalan Anggerik, Seri Kembangan sebelum memaklumkan kepada polis.

Sebelum ini, Muhamad Farid dipetik berkata, mangsa memiliki ketinggian 144 sentimeter, rambut perang dan panjang melepasi paras bahu, berkuku panjang, memakai subang perak di kedua-dua telinga, memakai gelang kain berwarna hijau dan merah, serta memiliki tatu di tangan kanan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu juga diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang melalui talian 03-80742222.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619