Sembilan restoran dikompaun, langgar syarat lesen, aspek kebersihan

31 Okt 2025, 2:50 AM
Sembilan restoran dikompaun, langgar syarat lesen, aspek kebersihan
Sembilan restoran dikompaun, langgar syarat lesen, aspek kebersihan
Sembilan restoran dikompaun, langgar syarat lesen, aspek kebersihan
Sembilan restoran dikompaun, langgar syarat lesen, aspek kebersihan

SHAH ALAM, 31 OKT: Sembilan restoran di sekitar Lorong Batu Nilam 21B dan Bandar Bukit Tinggi 2 di sini dikenakan tindakan selepas didapati melanggar syarat pelesenan serta peraturan kebersihan premis awam.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memaklumkan, pemeriksaan dilakukan hasil operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguat Kuasa dan Jabatan Kesihatan MBDK dengan kerjasama Indah Water Konsortium (IWK) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Hasil pemeriksaan mendapati semua premis berkenaan gagal mematuhi syarat lesen antaranya tidak menyelenggara perangkap minyak, membuang sisa makanan di lorong belakang, menumpahkan minyak masak di tempat awam serta membuat halangan di kaki lima,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurut MBDK, 10 kompaun dikeluarkan terhadap pengusaha yang terlibat atas kesalahan melanggar peraturan lesen serta gagal mengurus sisa makanan dan minyak dengan betul.

Pihak berkuasa tempatan itu turut menegaskan, operasi penguatkuasaan seumpama itu akan diperhebat dari semasa ke semasa bagi memastikan aspek kebersihan dan persekitaran kondusif dikekalkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619