Wanita ditemui maut dalam kereta di parkir pusat membeli-belah

30 Okt 2025, 1:14 PM
Wanita ditemui maut dalam kereta di parkir pusat membeli-belah

KUCHING, 30 OKT: Seorang wanita tempatan dalam lingkungan 20-an ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan diparkir di sebuah pusat membeli-belah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata polis menerima aduan orang awam pada 1.55 tengah hari berhubung seorang wanita tidak sedarkan diri dalam kenderaan.

“Wanita itu ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu. Pasukan Balai Bomba Tabuan Jaya membantu membuka pintu kenderaan yang terkunci dari dalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Alexson berkata mangsa yang dilaporkan hilang di kawasan Tabuan Jaya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sebelum ini, polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Marianna Liew Ai Jiar, 24, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada petang Sabtu lepas.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619