MBSA terima anugerah Bandar Pintar Tahap 2 Malaysia 2025

30 Okt 2025, 6:37 AM
MBSA terima anugerah Bandar Pintar Tahap 2 Malaysia 2025
MBSA terima anugerah Bandar Pintar Tahap 2 Malaysia 2025
MBSA terima anugerah Bandar Pintar Tahap 2 Malaysia 2025
MBSA terima anugerah Bandar Pintar Tahap 2 Malaysia 2025
MBSA terima anugerah Bandar Pintar Tahap 2 Malaysia 2025

SHAH ALAM, 30 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pihak berkuasa tempatan terkehadapan apabila menerima Anugerah Penarafan Bandar Pintar Tahap 2 (Developing Smart City) Malaysia 2025.

Pengiktirafan itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof kepada Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim pada Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, Kongres Perancangan Kebangsaan dan MyCity Expo 2025 yang diadakan di Dewan Sri Siantan, Putrajaya kelmarin.

Penarafan berprestij tersebut diberikan berdasarkan pencapaian terhadap 35 indikator bandar pintar berasaskan piawaian Malaysia Standard (MS ISO) yang menilai keberkesanan pelaksanaan inisiatif bandar pintar secara menyeluruh.

Dalam kenyataan, MBSA menjelaskan pengiktirafan itu menggambarkan komitmen berterusan pihaknya melaksanakan agenda transformasi digital dan tadbir urus berasaskan teknologi demi kesejahteraan warga Shah Alam.

“Penganugerahan ini membuktikan usaha berterusan MBSA dalam memperkukuh perkhidmatan, mempertingkat kecekapan sistem penyampaian serta memperluas infrastruktur pintar yang menyokong matlamat pembangunan mampan,” katanya.

Menurut MBSA, kejayaan itu juga memperkukuh peranan pihak berkuasa tempatan itu dalam menjayakan Agenda Bandar Pintar Negara serta menyokong aspirasi Smart Nation 2040.

Terdahulu, Inisiatif Reformasi Sistem Penyampaian dan Tadbir Urus (RSTU) diperkenalkan bagi memastikan pentadbiran negeri lebih cekap, berimpak serta selaras dengan pembangunan bandar pintar di seluruh Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619