Sindiket penipuan RM130 juta di Kemboja, tujuh rakyat Malaysia diburu polis

30 Okt 2025, 5:43 AM
Sindiket penipuan RM130 juta di Kemboja, tujuh rakyat Malaysia diburu polis

PHNOM PENH, 30 OKT: Pasukan Polis Singapura (SPF) mendedahkan 27 warga Singapura dan tujuh rakyat Malaysia disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah siber bernilai RM130 juta yang berpangkalan di Kemboja.

Menurut SPF, operasi penguatkuasaan bersama Polis Kebangsaan Kemboja (CNP) dilancarkan pada 9 September terhadap Kumpulan Jenayah Terancang (OCG) yang menyamar sebagai pegawai kerajaan dan menyasarkan mangsa di Singapura.

“Kumpulan itu dipercayai beroperasi dari sebuah kompleks penipuan di Phnom Penh, Kemboja dan disyaki bertanggungjawab terhadap sekurang-kurangnya 438 kes dengan jumlah kerugian lebih S$41 juta,” menurut kenyataan itu kelmarin.

Susulan operasi awal di Kemboja, SPF memaklumkan bahawa 15 suspek terdiri daripada 12 rakyat Singapura, dua rakyat Malaysia dan seorang warga Filipina ditahan di Singapura dan didakwa pada 11 dan 12 September atas pertuduhan menjadi ahli OCG yang berpangkalan di negara itu.

Hasil siasatan lanjut dan bukti yang dikumpul di Kemboja, SPF mengenal pasti tambahan 27 rakyat Singapura dan tujuh rakyat Malaysia yang dipercayai turut menjadi anggota kumpulan sama serta beroperasi dari kompleks penipuan sama di Phnom Penh.

“Kesemua 34 suspek kini berada di luar Singapura. Waran tangkap dikeluarkan terhadap mereka dan SPF sedang bekerjasama dengan agensi penguat kuasa antarabangsa untuk mengesan serta menahan mereka.

“SPF juga bekerjasama dengan Interpol bagi mengeluarkan Notis Merah terhadap suspek berkenaan. Siasatan terhadap kumpulan jenayah ini masih dijalankan,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619