Yayasan MBI salur RM19,000 bantu pelajar, pesakit dan atlet muda

30 Okt 2025, 5:42 AM
Yayasan MBI salur RM19,000 bantu pelajar, pesakit dan atlet muda
Yayasan MBI salur RM19,000 bantu pelajar, pesakit dan atlet muda
Yayasan MBI salur RM19,000 bantu pelajar, pesakit dan atlet muda

SHAH ALAM, 30 OKT: Seramai 11 individu terdiri daripada pelajar, pesakit dan atlet muda menerima bantuan berjumlah RM19,000 daripada Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menerusi program agihan sumbangan siri keempat tahun ini.

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata bantuan itu meliputi sokongan pendidikan, kos rawatan hospital dan insentif kepada atlet muda yang menunjukkan potensi cemerlang dalam bidang masing-masing.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor berucap selepas Majlis Serahan Sumbangan Yayasan MBI di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada 30 Oktober 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Walaupun jumlah sumbangan tidak besar, kami berharap ia dapat meringankan beban dan memberi semangat baharu kepada penerima untuk meneruskan perjuangan mereka,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata, setiap permohonan bantuan diteliti berdasarkan keperluan sebenar pemohon, termasuk pendapatan isi rumah bawah RM4,000 sebulan, selain pertimbangan khas untuk kes kronik, tanggungan ramai atau kecemasan keluarga.

“Kebanyakan penerima daripada golongan berpendapatan rendah dan asnaf, namun Yayasan MBI turut mempertimbangkan kes tertentu atas dasar kemanusiaan,” jelasnya.

Ahmad Azri menambah, Yayasan MBI komited melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui pelbagai bentuk bantuan kebajikan termasuk pendidikan, bencana, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

“Selaras dengan hasrat Dato’ Menteri Besar, tiada rakyat Selangor akan dipinggirkan dalam arus pembangunan negeri. Yayasan MBI menjadi jambatan untuk memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai semua lapisan rakyat,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619