1,303 individu ditahan, operasi banteras kegiatan penipuan dalam talian

30 Okt 2025, 4:19 AM
1,303 individu ditahan, operasi banteras kegiatan penipuan dalam talian

KUALA LUMPUR, 30 OKT: Seramai 1,303 individu dipercayai terlibat kegiatan penipuan dalam talian ditahan menerusi Operasi Op Mule NSRC 1/2025 yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di seluruh negara baru-baru ini.

Operasi dari 22 hingga 28 September lalu itu dilancarkan bagi membanteras kegiatan akaun keldai (mule account) oleh sindiket jenayah komersial yang menipu orang ramai melalui pelbagai platform digital.

Pengarah JSJK, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata operasi dijalankan oleh Bahagian Risikan dan Operasi JSJK dengan kerjasama National Scam Response Centre (NSRC) susulan peningkatan kes penipuan dalam talian di negara ini.

“Tangkapan tertinggi direkodkan di Sarawak (272 orang) diikuti Sabah (200), Kuala Lumpur (137) dan Selangor (115).

“Sepanjang operasi, 778 kertas siasatan dibuka, dengan 270 kes telah dituduh di mahkamah, manakala 312 kes masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media Semak Mule di Ibu Pejabat JSJK, Bukit Aman, hari ini, lapor Kosmo.

Rusdi menjelaskan operasi tersebut turut menumpukan kepada ahli sindiket utama, individu yang meminjamkan akaun bank, serta warga asing dipercayai terbabit dalam aktiviti penipuan kewangan dalam talian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu serta Seksyen 424A, 424B dan 424C Kanun Keseksaan berkaitan pengendalian akaun bank bagi tujuan jenayah,” katanya.

Menurutnya, JSJK komited meneruskan tindakan tegas terhadap pihak yang membantu kegiatan akaun keldai, termasuk memperkukuh kerjasama dengan NSRC dalam mengekang jenayah penipuan digital yang semakin berleluasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619