Angkara dendam lama, lelaki cedera parah ditetak bapa saudara angkat

29 Okt 2025, 7:28 AM
Angkara dendam lama, lelaki cedera parah ditetak bapa saudara angkat

KOTA BHARU, 29 OKT: Seorang lelaki cedera parah di kepala dan tangan kanan selepas ditetak bapa saudara angkatnya dalam kejadian di Kampung Kulim, Pasir Puteh dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata dalam kejadian 6.35 petang itu, mangsa berusia 44 tahun dipercayai ditetak beberapa kali dengan sebilah parang oleh suspek.

Menurutnya, suspek berumur 55 tahun merupakan adik angkat kepada ibu mangsa dan tinggal berhampiran rumah lelaki itu.

"Suspek dipercayai pergi ke rumah mangsa sebelum menetak lelaki itu beberapa kali. Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham akibat dendam lama,” katanya.

Zaizul Rizal berkata polis menerima laporan daripada orang awam dan sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek melarikan diri namun berjaya ditahan di rumahnya tidak lama kemudian.

"Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk rawatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619