Ibu bapa kanak-kanak dikelar di Batu Pahat direman dua hari

29 Okt 2025, 3:53 AM
Ibu bapa kanak-kanak dikelar di Batu Pahat direman dua hari

BATU PAHAT, 29 OKT: Ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dikelar di leher dipercayai dengan pisau di Parit Raja, di sini Isnin lepas direman selama dua hari hingga esok bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap pasangan berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Norasidah A. Rahman di Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Terdahulu, ibu bapa kanak-kanak berkenaan dibawa ke mahkamah dengan kenderaan polis pada 8.15 pagi dan pada prosiding itu, mereka diwakili peguam Muhamad Izwan Ishak.

Semalam, polis menahan pasangan itu di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada 4 petang bagi membantu siasatan.

Isnin lepas, media melaporkan mangsa parah selepas dikelar, dipercayai menggunakan pisau dan kejadian itu disedari oleh ibunya kira-kira 5.30 pagi selepas tersedar daripada tidur.

Mangsa kemudiannya dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini dan kini berada dalam keadaan stabil serta sudah boleh bercakap selepas menjalani pembedahan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619