Tiga anggota polis disiasat dakwaan pemerasan, cabul pelajar

28 Okt 2025, 7:19 AM
Tiga anggota polis disiasat dakwaan pemerasan, cabul pelajar

KUALA LUMPUR, 28 OKT: Polis sudah menyiapkan kertas siasatan berhubung dakwaan pemerasan serta cabul melibatkan tiga anggotanya terhadap seorang pelajar wanita dan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini, untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata ketika ini, tiga anggota tersebut masih bertugas, namun akan digantung tugas serta-merta jika TPR mengarahkan pertuduhan dibuat.

“Tiga anggota itu tidak terlibat sebarang tugasan di lapangan. Mereka kini melaksanakan tugas sementara secara dalaman sehingga menunggu arahan lanjut TPR.

“Polis tidak akan berkompromi dengan pegawai atau anggota yang melanggar undang-undang atau mencemarkan imej pasukan.

“Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan arahan pihak pendakwaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fadil berkata suspek pertama dicadang dituduh di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan manakala suspek kedua dan ketiga pula Seksyen 384 kanun sama kerana pemerasan.

Pada masa sama, beliau berkata siasatan tatatertib terhadap tiga anggota itu dijalankan serentak oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Sebelum ini, seorang pelajar wanita mendakwa diperas RM10,000 dan dicabul oleh seorang daripada anggota itu, selepas ditahan bersama-sama teman lelakinya di Jalan Sentul Pasar di sini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619