JPJ tahan lelaki tawar kereta sewa haram di KLIA

28 Okt 2025, 4:25 AM
JPJ tahan lelaki tawar kereta sewa haram di KLIA

SHAH ALAM, 28 OKT: Seorang lelaki disyaki menawarkan perkhidmatan kereta sewa haram ditahan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

JPJ Selangor dalam kenyataan memaklumkan hasil intipan dan pemantauan membawa kepada penahanan sebuah Proton Persona (teksi) bersama pemandunya yang dipercayai aktif memujuk penumpang di kawasan terminal.

Siasatan awal mendapati suspek menawarkan perkhidmatan pengangkutan tidak berlesen kepada seorang penumpang warga tempatan dengan tambang RM100 dari Terminal 1 KLIA ke destinasi di Selangor.

“Individu berkenaan dipercayai aktif mendekati penumpang di kawasan terminal dengan memujuk dan merayu agar menggunakan perkhidmatan pengangkutannya,” katanya menerusi Facebook.

Kes disiasat di bawah Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010), yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Mana-mana individu yang bersubahat atau membantu aktiviti ‘ulat’ juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 243(1) akta sama, dengan hukuman serupa,” jelas kenyataan itu.

Orang awam dinasihatkan menggunakan perkhidmatan pengangkutan sah melalui kaunter rasmi di Terminal 1 dan 2 KLIA atau aplikasi e-hailing berdaftar bagi mengelak risiko penipuan dan ancaman keselamatan.

Aduan berkaitan boleh disalurkan ke e-mel aduantrafik@jpj.gov.my

atau melalui aplikasi e-Aduan@JPJ dengan menyertakan butiran lengkap pengadu dan aduan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619