Pengecualian cukai peralatan bantu kurangkan kadar air tidak terhasil

27 Okt 2025, 9:09 AM
Pengecualian cukai peralatan bantu kurangkan kadar air tidak terhasil
Pengecualian cukai peralatan bantu kurangkan kadar air tidak terhasil
Pengecualian cukai peralatan bantu kurangkan kadar air tidak terhasil
Pengecualian cukai peralatan bantu kurangkan kadar air tidak terhasil
Pengecualian cukai peralatan bantu kurangkan kadar air tidak terhasil

SHAH ALAM, 27 OKT: Kerajaan dicadang memberi pengecualian cukai import dan cukai SST terhadap peralatan strategik yang membantu dalam mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW).

Ahli Parlimen Gombak Dato' Seri Amirudin Shari berkata pertimbangan pengecualian itu meningkatkan perkhidmatan syarikat pembekal perkhidmatan air selain kos perawatan NRW dapat dikurangkan serta menjamin bekalan air bersih yang berkekalan.

"Sebagai contoh, kita telah mencuba menguji penggunaan smart meter di beberapa lokaliti antaranya di Bukit Jelutong yang kadar NRW adalah 27 peratus yang mana setiap air terawat hilang disebabkan paip pecah atau tidak berfungsi.

"Setelah menggunakan smart meter ini, kita berjaya menurunkan kadar NRW kepada lapan hingga sembilan peratus. Ini jika kita aplikasikan secara menyeluruh atau dengan baik, kadar NRW akan menurun cuma kosnya terlalu tinggi.

"Kos tinggi berikutan cukai dikenakan kepada peralatan ini...contohnya smart meter ini kosnya tanpa cukai sekitar RM300 ke RM350 tetapi dengan cukai mencecah sehingga RM600," katanya ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Gombak Dato' Seri Amirudin Shari mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2025. Foto Facebook Amirudin Shari

Berikutan itu, Amirudin mencadangkan kerajaan menghapuskan cukai terhadap peralatan yang boleh digunakan untuk perawatan air supaya kadar NRW dapat diturunkan.

Terdahulu, Amirudin yang juga Dato' Menteri Besar memaklumkan NRW negeri kini berada pada kadar 27 peratus berbanding 36 peratus dengan pelaksanaan penggantian paip.

Katanya, Selangor merupakan negeri kedua merekodkan NRW terendah selepas Johor dengan mencatatkan kadar 25 peratus.

Sebelum ini, Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2026 memaklumkan kerajaan meneruskan Program Air Tidak Terhasil Kebangsaan dengan kos RM3 bilion dalam usaha meningkatkan capaian air bersih seluruh negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penggantian paip usang sepanjang lebih 820 kilometer (km) melibatkan Selangor, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan dan Pahang menjadi tumpuan tahun depan.

Katanya, kerajaan juga meneruskan pembinaan empangan bawah tanah, telaga tiub dan struktur takungan di Padang Matsirat, Langkawi dengan kos lebih RM400 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619