Buang sampah haram: MBPJ keluar empat kompaun, perhebat tindakan penguatkuasaan

26 Okt 2025, 1:43 PM
Buang sampah haram: MBPJ keluar empat kompaun, perhebat tindakan penguatkuasaan
Buang sampah haram: MBPJ keluar empat kompaun, perhebat tindakan penguatkuasaan
Buang sampah haram: MBPJ keluar empat kompaun, perhebat tindakan penguatkuasaan

SHAH ALAM, 26 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengeluarkan empat kompaun terhadap individu yang dikesan membuang sampah secara haram hasil pemantauan dan makluman awam.

MBPJ memaklumkan, longgokan kotak, sisa binaan dan sampah kebun ditemui di Jalan 18/5 dan Jalan 18/9 dekat Petaling Jaya yang dibuang secara tidak bertanggungjawab hingga mencemarkan persekitaran.

"Kompaun berkenaan dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap (UUKPPPS MBPJ) 2007 yang memperuntukkan denda sehingga RM1,000 bagi setiap kesalahan," katanya dalam kenyataan.

MBPJ menegaskan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan kebersihan dan kesejahteraan bandar raya kekal terpelihara.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan dengan membuang sampah di lokasi disediakan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619