AKPS usir enam warga Bangladesh berpakaian korporat, dakwa mahu hadir program penting

26 Okt 2025, 3:38 AM
AKPS usir enam warga Bangladesh berpakaian korporat, dakwa mahu hadir program penting

SHAH ALAM, 26 OKT: Gaya enam warga Bangladesh berpakaian korporat ketika cuba memasuki negara ini, kononnya untuk menghadiri program penting gagal mengaburi pihak berkuasa apabila kemasukan mereka ditolak semalam.

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata mereka terdiri empat lelaki dan dua wanita berusia antara 30-an hingga 50-an, katanya dipetik Berita Harian.

Lelaki masing-masing berpakaian sut hitam lengkap, manakala wanita memakai sari.

Kemasukan mereka ke Malaysia melalui jalan darat di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam ditolak kerana tidak memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan dan disyaki bukan pelancong tulen.

"Mereka tidak dibenarkan masuk melalui jalan darat dan diarahkan berpatah balik ke negara asal melalui laluan masuk yang sama.

"AKPS sentiasa komited dalam memastikan pintu masuk negara berada dalam kawalan terbaik serta tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak bagi tujuan yang menyalahi undang-undang," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619