Anggota polis patah kaki dilanggar ketika iringi delegasi ASEAN

26 Okt 2025, 12:05 AM
Anggota polis patah kaki dilanggar ketika iringi delegasi ASEAN

SHAH ALAM, 27 OKT: Seorang anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) cedera dilanggar kenderaan pacuan empat roda ketika mengiringi delegasi antarabangsa sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kilometer (KM) 22.3 susur keluar Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Dengkil arah utara Lebuhraya Elite, di sini, semalam.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.10 tengah hari ketika anggota terbabit menjalankan tugas pengiring konvoi rasmi, katanya dipetik Berita Harian.

"Mangsa berpangkat Koperal berusia 35 tahun yang menunggang motosikal Kawasaki GTR milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) patah kaki bahagian betis kiri serta mengalami kecederaan di pergelangan kaki dan lutut kiri.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kemalangan masih dalam siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan peka terhadap arahan pergerakan pasukan konvoi sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN berlangsung.

Terdahulu, tular satu rakaman video yang memaparkan anggota yang menaiki motosikal dilanggar sebuah pikap di laluan kiri lebuh raya terbabit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619