Perkukuh pendidikan hijau, Selangor anjur dua program lestari alam di sekolah menengah

25 Okt 2025, 8:28 AM
Perkukuh pendidikan hijau, Selangor anjur dua program lestari alam di sekolah menengah
Perkukuh pendidikan hijau, Selangor anjur dua program lestari alam di sekolah menengah
Perkukuh pendidikan hijau, Selangor anjur dua program lestari alam di sekolah menengah

SHAH ALAM, 25 OKT: Kerajaan Negeri bakal melaksanakan Program Rakan Bumi Sekolah di semua sekolah menengah seluruh Selangor bagi menggalakkan generasi muda terlibat secara langsung dalam menangani isu perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata inisiatif itu disusuli pelaksanaan Projek Tindakan Iklim Rakan Bumi yang bertujuan memperkasa pelajar menjadi sebahagian daripada gerakan tindakan iklim di peringkat komuniti.

Menurutnya, lebih 1,000 pelajar disasar menyertai kedua-dua program yang dilaksana dengan kerjasama agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta pihak swasta.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berucap pada Karnival Alam Sekitar 2025 di Elmina Lakeside Mall, Shah Alam pada 25 Oktober 2025. Foto Facebook Lembaga Urus Air Selangor

“Program Rakan Bumi Sekolah menggabungkan elemen kreativiti dan inovasi dalam bentuk pertandingan. Antara aktiviti ialah penceritaan bertemakan kelestarian seperti bebas plastik, kitar semula serta impaknya terhadap komuniti dan perubahan iklim.

“Manakala Projek Tindakan Iklim Rakan Bumi yang disokong melalui geran Kerajaan Negeri pula menekankan pelaksanaan projek seperti kebun komuniti, kompos dan inisiatif sifar sisa yang turut melibatkan masyarakat setempat,” katanya ketika merasmikan Karnival Alam Sekitar 2025 di Elmina Lakeside Mall, di sini, hari ini.

Jamaliah turut memaklumkan, Kerajaan Negeri sedang memperkukuh dasar berkaitan inisiatif bebas plastik, termasuk meneliti pindaan syarat lesen perniagaan bagi memastikan semua premis komersial terlibat sepenuhnya menjelang 2030.

Karnival anjuran bersama pelbagai agensi kerajaan, NGO dan sektor swasta itu turut menampilkan 13 reruai pameran, acara lari santai 3KM (Fun Run), kuiz interaktif, Recycle Exchange, serta pelbagai aktiviti pendidikan alam sekitar untuk masyarakat setempat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619