Terbuka Perancis: Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon terkandas di suku akhir

24 Okt 2025, 1:08 PM
Terbuka Perancis: Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon terkandas di suku akhir
Terbuka Perancis: Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon terkandas di suku akhir

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Cabaran beregu campuran negara di Terbuka Perancis berakhir selepas kedua-dua pasangan, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta Goh Soon Huat-Shevon Lai, tewas pada peringkat suku akhir yang berlangsung di Glaz Arena, Cesson-Sevigne, hari ini.

Tang Jie-Ee Wei, pasangan nombor tiga yang juga juara dunia, ditunjukkan jalan keluar oleh gandingan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 9-21, 18-21 dalam masa 37 minit.

Keputusan itu menyaksikan gandingan negara berkenaan gagal mengekalkan rekod bersih dalam tiga pertemuan dengan lawan sama selepas menewaskan mereka pada Masters China 2025 dan Terbuka Artik 2023 di Finland.

Sementara itu, beregu campuran profesional Soon Huat-Shevon terpaksa akur apabila tunduk kepada gandingan nombor dua dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, 18-21, 16-21 dalam masa 43 minit.

Kekalahan itu menyaksikan pasangan suami isteri berkenaan tersingkir di suku akhir buat kali keempat berturut-turut, selepas mengalami nasib sama di Terbuka Denmark, Terbuka Artik dan Terbuka Korea sebelum ini.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619