Kes serang anak Rafizi: Polis belum terima laporan kimia cecair disuntik - KPN

24 Okt 2025, 7:58 AM
Kes serang anak Rafizi: Polis belum terima laporan kimia cecair disuntik - KPN

SHAH ALAM, 24 OKT: Polis masih menunggu laporan kimia berkaitan cecair yang disuntik dalam insiden serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, di sebuah pusat beli-belah di Puchong pada 13 Ogos lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dalam sidang media di Bukit Aman berkata pihaknya belum menerima sebarang keputusan daripada Jabatan Kimia setakat ini, katanya dipetik Berita Harian.

"Masih negatif, kita masih menunggu. Sekiranya ada perkembangan, kita akan maklumkan," katanya hari ini.

Pada 25 Ogos lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) meminta semua pihak supaya bersabar sementara menunggu laporan penuh perubatan berhubung insiden yang menimpa anak kepada Ahli Parlimen Pandan itu.

Insiden pada 13 Ogos lalu menyaksikan anak lelaki tunggal Rafizi berusia 12 tahun diserang seorang individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Mohd Khalid sebelum ini dilaporkan berkata, seramai 19 individu sudah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk ahli keluarga, pemandu dan pekerja Rafizi selain pihak pengurusan premis.

Katanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian sedang diteliti, namun imej diperoleh tidak begitu jelas dan masih belum dapat mengenal pasti individu terbabit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619