Batang Kali, Ulu Yam antara 14 kawasan panas gempa bumi

23 Okt 2025, 7:02 AM
Batang Kali, Ulu Yam antara 14 kawasan panas gempa bumi

SHAH ALAM, 23 OKT: Batang Kali dan Ulu Yam di Selangor antara 14 kawasan panas dikenal pasti lokasi berlakunya gempa bumi di negara ini, kata menteri perladangan dan komoditi.

Menurut Datuk Seri Johari Abdul Ghani, kawasan lain termasuk Ranau dan Lahad Datu di Sabah; Niah, Sarawak; Bukit Tinggi dan Janda Baik, Pahang serta Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini, jelasnya, Kenyir, Terengganu; Manjung dan Temenggor, Perak serta Mersing, Segamat, Batu Pahat di Johor turut berada dalam senarai itu.

"Negara ini mempunyai Lampiran Kebangsaan Malaysia bagi Eurokod 8: Bahagian 1 – Peraturan Am, Tindakan Gempa Bumi dan Peraturan untuk Bangunan yang diterbitkan Jabatan Standard Malaysia.

"Justeru, mana-mana pemaju perlu tengok kawasan panas dan perlu mengikut piawaian yang ada. Data ini dikumpul supaya pihak berkuasa tempatan boleh rujuk sebelum beri kelulusan," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan wakil rakyat Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar-Muda) adakah Malaysia mengemas kini data terkini susulan perubahan iklim dan gempa bumi yang berlaku.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619