Ribut di ibu kota: Lelaki maut, wanita cedera dihempap pokok tumbang

22 Okt 2025, 11:15 AM
Ribut di ibu kota: Lelaki maut, wanita cedera dihempap pokok tumbang

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas kereta dipandu mereka dihempap pokok tumbang dalam kejadian berasingan di ibu kota susulan ribut dan hujan lebat petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan kejadian membabitkan mangsa maut berlaku di Persiaran Dutamas, Taman Duta di sini.

"Mangsa lelaki berusia lingkungan 40-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM)," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, seorang wanita berusia 30-an cedera selepas kereta dipandu dihempap pokok tumbang di Jalan Metro Prima, Kepong Baru.

Menurut JBPM Kuala Lumpur pihaknya menerima panggilan kecemasan antara 4 petang hingga 5.30 petang tadi berhubung kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan sekitar ibu kota susulan cuaca buruk.

“Pasukan bomba telah dikerahkan ke beberapa lokasi terjejas bagi menjalankan kerja penyelamatan, pembersihan serta pemotongan pokok tumbang bagi memastikan keselamatan kawasan awam terjamin,” menurut kenyataan itu.

Kesemua insiden telah ditangani oleh pasukan bomba Kuala Lumpur dan situasi berjaya dikawal serta kerja pembersihan dilaksanakan dengan segera di semua lokasi terjejas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619