Pemandu maut, pacuan empat roda dihempap pokok tumbang

20 Okt 2025, 8:29 AM
Pemandu maut, pacuan empat roda dihempap pokok tumbang
Pemandu maut, pacuan empat roda dihempap pokok tumbang

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Batang Kali, Hulu Selangor, dekat sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 2.14 petang.

“Setibanya di lokasi pada 2.45 petang, didapati sebatang pokok tumbang menghempap Toyota Hilux, melibatkan seorang mangsa lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerah ke lokasi, dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619