Tiada kit ujian kendiri influenza dilulus MDA

20 Okt 2025, 5:41 AM
Tiada kit ujian kendiri influenza dilulus MDA
Tiada kit ujian kendiri influenza dilulus MDA
Tiada kit ujian kendiri influenza dilulus MDA
Tiada kit ujian kendiri influenza dilulus MDA

SHAH ALAM, 20 OKT: Orang ramai diingatkan supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri influenza yang dijual di pasaran mahupun secara dalam talian kerana tiada satupun produk seumpamanya diluluskan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Public Health Malaysia (PHM) menerusi kenyataan di Facebook berkata pihaknya mengesan peningkatan penjualan kit berkenaan yang didakwa mampu mengesan jangkitan influenza seperti Covid-19, namun ia sebenarnya belum disahkan selamat dan sah digunakan.

“Perhatian kepada semua pekerja dan majikan, akhir-akhir ini semakin banyak kit ujian kendiri influenza dijual di pasaran dan secara dalam talian.

"Namun perlu diingat, setakat ini tiada kit ‘self-test’ influenza diluluskan MDA,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut PHM, diagnosis influenza hanya boleh disahkan oleh doktor bertauliah melalui penilaian klinikal serta ujian makmal yang sahih.

“Anda tidak boleh mengesahkan diri dijangkiti influenza hanya berdasarkan keputusan kit yang dibeli dalam talian.

Doktor perlu membuat penilaian menyeluruh termasuk tahap gejala, sejarah kesihatan dan keperluan rawatan antiviral,” jelasnya.

PHM menegaskan penggunaan kit ujian tidak sah boleh menyebabkan rawatan tersilap atau tertangguh, sekali gus meningkatkan risiko komplikasi kepada pesakit.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini memaklumkan semua fasiliti dan petugas kesihatan sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan peningkatan kes influenza luar jangka.

KKM turut menambah baik langkah kawalan termasuk mengasingkan pesakit bergejala di Jabatan Kecemasan dan Trauma (A&E) serta mengaktifkan pelan bencana hospital dengan menambah katil dan tenaga kerja sekiranya berlaku lonjakan kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619