KSSB menang anugerah NCOSH 2024, bukti komitmen utuh terhadap keselamatan pekerja

19 Okt 2025, 1:31 AM
KSSB menang anugerah NCOSH 2024, bukti komitmen utuh terhadap keselamatan pekerja
KSSB menang anugerah NCOSH 2024, bukti komitmen utuh terhadap keselamatan pekerja
KSSB menang anugerah NCOSH 2024, bukti komitmen utuh terhadap keselamatan pekerja

SHAH ALAM, 19 OKT: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) meraih pengiktirafan tertinggi apabila diumumkan penerima Anugerah Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) 2024 bagi kategori Perlombongan dan Penguarian.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Sri Abdul Rahman Haji Mohamad dalam satu majlis berprestij diadakan di Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA, pada 17 Oktober, sekali gus mengiktiraf amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan terbaik dalam sektor berisiko tinggi itu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KSSB, Mohd Bazli Kamin mewakili syarikat menerima anugerah berkenaan yang menjadi simbol kejayaan hasil usaha berterusan dalam membudayakan persekitaran kerja selamat, sihat dan mampan.

Dalam satu hantaran di Facebook, KSSB menyifatkan pengiktirafan ini adalah bukti komitmen KSSB yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan sentiasa ditingkatkan.

KSSB merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI yang ditubuhkan pada 26 September 2008 untuk mengurus dan menyelia pembangunan sumber asli mineral dan penyelenggaran jalan raya negeri.

Syarikat itu berperanan penting dalam memastikan hasil bumi negeri dimanfaatkan secara optimum dan telus, selari dengan dasar pembangunan mampan Kerajaan Negeri.

Sejak penubuhannya, KSSB telah memperkenalkan pelbagai sistem pemantauan dan pengurusan digital bagi meningkatkan kecekapan serta integriti operasi.

Penganugerahan NCOSH kepada KSSB menjadi manifestasi keberkesanan dasar keselamatan yang diterapkan dan menjadi penanda aras kepada syarikat lain dalam sektor yang sama.

Majlis NCOSH 2024 turut menghimpunkan pelbagai agensi serta syarikat berkaitan industri bagi meraikan kecemerlangan dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di seluruh negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619