Kastam rampas vape bernilai RM1.06 juta, disyaki untuk diseludup ke Thailand

18 Okt 2025, 11:49 PM
Kastam rampas vape bernilai RM1.06 juta, disyaki untuk diseludup ke Thailand

KANGAR, 19 OKT: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas 32,000 unit peranti rokok elektronik (vape) dianggarkan bernilai RM1.062 juta di kawasan semak Kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis dekat sini baru-baru ini.

Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim berkata rampasan peranti vape dipercayai tidak berkastam itu dibuat menerusi serbuan oleh pasukan operasi Cawangan Penguatkuasaan Marin Kuala Perlis pada 22 Sept lepas.

Beliau berkata peranti berkenaan dipercayai untuk diseludup ke Thailand melalui jalan laut.

"Hasil pemeriksaan telah menjumpai peranti vape ini dan melibatkan nilai cukai sebanyak RM223,020 dan modus operandi dipercayai dengan meninggalkan kotak-kotak berisi peranti vape di kawasan semak dan dipercayai akan diambil oleh individu lain," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Selain itu, beliau berkata pihaknya turut merampas 11 kilogram (kg) dadah jenis kanabis dianggarkan bernilai RM46,200 di kawasan tambak pesisiran Pantai Bukit Putih, Kuala Perlis pada 6 Okt lepas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619