SPCA Selangor raikan Hari Haiwan Sedunia, semarak kasih sayang terhadap haiwan

19 Okt 2025, 6:00 AM
SPCA Selangor raikan Hari Haiwan Sedunia, semarak kasih sayang terhadap haiwan
SPCA Selangor raikan Hari Haiwan Sedunia, semarak kasih sayang terhadap haiwan
SPCA Selangor raikan Hari Haiwan Sedunia, semarak kasih sayang terhadap haiwan
SPCA Selangor raikan Hari Haiwan Sedunia, semarak kasih sayang terhadap haiwan
SPCA Selangor raikan Hari Haiwan Sedunia, semarak kasih sayang terhadap haiwan

SHAH ALAM, 19 OKT: Dalam usaha memupuk kasih sayang dan tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan, Society for The Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) Selangor menganjurkan sambutan Hari Haiwan Sedunia 2025 di SPCA Ampang Jaya, semalam.

Acara tahunan bertemakan 'Be Kind to All Kinds' itu diadakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), dan diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor.

Keberangkatan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, yang juga Penaung Diraja kempen Stray Free Selangor (SFS): The Humane & Compassionate Way, disambut Timbalan Yang Dipertua MPAJ Hasrolnizam Shaari dan Pengerusi SPCA Selangor Christine Chin.

Christine dalam ucapannya menyifatkan sambutan Hari Haiwan Sedunia sebagai satu gerakan istimewa, dan bukan sekadar acara sambutan biasa.

Menurutnya, program itu dianjur bagi menghargai peranan haiwan dalam kehidupan manusia dan memperbaharui komitmen dalam meningkatkan standard penjagaan dan kebajikan haiwan di seluruh Malaysia.

"Kami amat berbesar hati dengan kehadiran Tengku Permaisuri Selangor yang sentiasa menunjukkan sokongan dan menyuarakan belas kasihan terhadap haiwan di Selangor sekali gus memberi inspirasi kepada kami.

"Kami juga berbangga dengan inisiatif MPAJ untuk mewujudkan tempat perlindungan kucing yang berdedikasi, ruang untuk merawat, memandul dan menempatkan semula kucing terbiar," katanya.

Dalam majlis sama, pengunjung berpeluang bermesra dengan haiwan jinak di petting zoo, selain kempen pengambilan haiwan angkat serta penyampaian penghargaan kepada agensi terlibat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619