MBDK peruntuk RM204 juta bagi kebersihan, penyelenggaraan, pengindahan bandar

18 Okt 2025, 2:46 PM
MBDK peruntuk RM204 juta bagi kebersihan, penyelenggaraan, pengindahan bandar
MBDK peruntuk RM204 juta bagi kebersihan, penyelenggaraan, pengindahan bandar
MBDK peruntuk RM204 juta bagi kebersihan, penyelenggaraan, pengindahan bandar

SHAH ALAM, 18 OKT: Empat aspek diberi keutamaan dalam Belanjawan 2026 Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) melibatkan kebersihan alam sekitar dan kesihatan awam, penyelenggaraan parit, jalan, taman dan landskap serta pengindahan dengan peruntukan keseluruhan RM204 juta.

Datuk Bandarnya berkata, MBDK memberi penekanan kepada perbelanjaan yang memberi impak besar kepada masyarakat, khususnya dalam aspek keperluan infrastruktur dan penyelenggaraan asas bandar.

"Bajet berkenaan dirangka selaras dengan misi Bandaraya Diraja Klang yang berkualiti, mesra, berdaya maju, sejahtera dan memanfaatkan teknologi digital, dengan penekanan terhadap keseimbangan antara kemajuan material dan kualiti kehidupan, menjadikan Klang sebagai bandar raya yang mampan, inklusif dan berdaya saing dalam era digital," kata Dato' Abd Hamid Hussain.

Empat aspek utama perbelanjaan itu diperincikan seperti berikut:

  • Kebersihan Alam Sekitar dan Kesihatan Awam - RM92.78 juta

  • Penyelenggaraan Parit - RM14.95 juta

  • Penyelenggaraan Jalan - RM55.05 juta

  • Pengindahan dan Penyelenggaraan Taman dan Landskap - RM41.22 juta

Menurut beliau, Belanjawan 2026 berjumlah RM440.9 juta dengan hasil dijangka RM391.8 juta, menjadikan bajet defisit RM49.02 juta yang ditampung melalui rizab tunai MBDK.

"Bajet 2026 merupakan bajet defisit, apabila jumlah perbelanjaan melebihi hasil yang dijangka. Jumlah hasil keseluruhan bagi 2026 dianggarkan RM391,878,020, meningkat RM10,407,940 (2.73%) berbanding 2025 berjumlah RM381,470,080.

"Jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi 2026 dianggarkan RM440,903,500, meningkat RM39,578,890 (9.86%) berbanding RM401,324,610 pada tahun ini.

"Daripada jumlah itu, RM330,781,600 diperuntukkan bagi Perbelanjaan Mengurus, manakala RM110,121,900 bagi Perbelanjaan Projek Pembangunan," jelasnya.

Tambah Abd Hamid, bajet yang diluluskan merangkumi peruntukan untuk ekonomi bandar yang berdaya saing, pelaksanaan teknologi baharu, gaya hidup sihat, penglibatan komuniti, serta pemerkasaan budaya dan warisan.

Mesyuarat Khas Bajet 2026, MBDK telah meluluskan perbelanjaan RM440 juta meliputi RM330 juta Belanja Mengurus dan RM 110 juta Belanja Pembangunan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619