Tiga projek tebatan banjir Sungai Kandis siap tahun depan

18 Okt 2025, 9:16 AM
Tiga projek tebatan banjir Sungai Kandis siap tahun depan

SHAH ALAM, 18 OKT: Tiga projek menangani bencana banjir di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di sini sudah diluluskan dan kini sedang dalam proses pembinaan.

Penyelarasnya Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata projek tersebut antaranya adalah tebatan banjir bernilai RM16 juta yang dijangka siap awal tahun hadapan.

Selain itu, katanya, projek kedua berhampiran kilang Gardenia yang mana pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersetuju menjadikan kawasan tersebut taman rekreasi dan kolam tadahan.

"Satu lagi projek melibatkan pembinaan kolam tadahan di tanah Insititut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) seluas tujuh ekar yang sudah diluluskan EXCO Infrastruktur Dato' Ir Izham Hashim.

"Insya-Allah, berdasarkan kajian semua projek ini dapat menampung air apabila berlakunya hujan lebat berbanding biasa," katanya sambil menambah semua projek tersebut dijangka siap tahun depan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan bantuan bencana banjir kawasan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bukit Naga di Dewan Tulip MBSA di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 175 keluarga mangsa banjir di kawasan Kampung Bukit Naga di sini menerima bantuan tunai daripada Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Bantuan disampaikan Ketua Yayasan MBI Mohd Azri Zainal Nor dengan memperuntuk RM52,500 bagi menyalurkan bantuan tersebut dengan setiap keluarga masing-masing mendapat RM300.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619