Kerajaan Negeri tegas isu kuil haram, terus hulur bantuan rumah ibadat

18 Okt 2025, 5:00 AM
Kerajaan Negeri tegas isu kuil haram, terus hulur bantuan rumah ibadat
Kerajaan Negeri tegas isu kuil haram, terus hulur bantuan rumah ibadat

KLANG, 18 OKT: Kerajaan Negeri sentiasa membantu menyalurkan pelbagai bantuan kepada kuil-kuil bagi memastikan setiap rumah ibadat dapat diselenggara dan melaksanakan aktiviti keagamaan dengan baik.

EXCO Pembasmian Kemiskinan V.Papparaidu berkata Kerajaan Negeri telah banyak meluluskan pembinaan kuil serta menyalurkan peruntukan kepada rumah ibadat sedia ada.

“Selangor sudah banyak kuil, tidak perlu lagi bina secara haram kerana kerajaan sudah luluskan banyak. Contohnya peniaga buat kuil kecil untuk menjaga perniagaan atas tanah kerajaan atau jabatan.

“Kita sepatutnya menjaga kuil, bukan sebaliknya. Saya mohon jangan ulangi. Tidak perlu bina kuil lagi secara haram atas tanah kerajaan.

“Di kawasan estet yang dibina kuil, memang bawah pengurusan Kerajaan Negeri dan sebab itu saya minta mereka gazetkan satu bidang tanah untuk aktiviti kuil,” ucapnya yang juga pengerusi bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS).

Beliau berucap pada sambutan Hari Deepavali peringkat Selangor 2025 berlangsung di Dataran Klang @ Padang Chetty semalam, yang disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Terdahulu, Papparaidu dalam ucapannya berkata Kerajaan Negeri sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama bagi memastikan ekonomi terus dipertingkat.

“Contohnya baucar Jom Shopping peruntukan RM4.4 juta, mungkin negeri lain ada juga tetapi tidak sebanyak Selangor. Selain itu, bantuan peralatan perniagaan, pendidikan dan kuil turut disalurkan.

“Ini menunjukkan komitmen dan usaha kerajaan bantu semua kaum. Sama-sama kita hargai dan raikannya biarpun berbeza agama serta kaum tetapi dapat duduk bawah satu bumbung,” katanya.

Pada majlis sama, Amirudin menyampaikan cek cura berjumlah hampir RM1 juta kepada 141 persatuan dan pertubuhan rumah ibadat bukan Islam bagi tujuan pembinaan, penyelenggaraan serta aktiviti keagamaan.

Selain itu, bantuan peralatan keusahawanan i-SEED bernilai RM1 juta turut disampaikan kepada 146 usahawan India Selangor bagi memperkasa ekonomi komuniti berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619