Polis sahkan pergaduhan pelajar di Telok Panglima Garang selesai secara baik

16 Okt 2025, 3:35 PM
Polis sahkan pergaduhan pelajar di Telok Panglima Garang selesai secara baik

SHAH ALAM, 16 OKT: Polis mengesahkan insiden pergaduhan yang tular di media sosial membabitkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, telah diselesaikan secara baik oleh pihak yang terlibat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata terdahulu pihaknya mengesan rakaman video tular kes itu pada 8.30 pagi tadi sebelum polis hadir ke sekolah terlibat.

"Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat turut hadir ke lokasi sama kira-kira 10 pagi bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada pelajar yang mengalami kecederaan dalam pergaduhan tersebut," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Akmalrizal berkata susulan itu satu perbincangan tiga hala membabitkan pihak sekolah, ibu bapa dan waris pelajar terlibat serta polis telah diadakan.

"Semua pihak bersetuju untuk tidak mengambil tindakan lanjut serta menyelesaikan perkara ini secara berhemah dan damai," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Akmalrizal mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu atau membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, tular video insiden lebih satu minit memaparkan pergaduhan membabitkan beberapa pelajar dipercayai berlaku di sebuah sekolah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619