Sidang Kemuncak ASEAN: Lebih 3,000 pegawai imigresen bertugas di pintu masuk negara

16 Okt 2025, 6:45 AM
Sidang Kemuncak ASEAN: Lebih 3,000 pegawai imigresen bertugas di pintu masuk negara

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menugaskan lebih 3,000 pegawai di semua pintu masuk negara bagi memastikan kelancaran urusan ketibaan delegasi antarabangsa bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dari 26 hingga 28 Okt ini.

JIM memaklumkan latihan kesiapsiagaan menyeluruh turut dilaksanakan bagi memperkukuh kecekapan pegawai dalam menyambut dan mengurus ketibaan perwakilan dari lebih 30 negara yang menghadiri sidang kemuncak berkenaan.

"Imigresen kekal komited dalam memastikan aspek keselamatan dan urusan imigresen berjalan lancar serta bertaraf antarabangsa," menurut jabatan itu dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang berkaitan yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Okt ini merupakan kemuncak kepada Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025 yang membawa tema "Keterangkuman dan Kemampanan".

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Perdana Menteri China Li Qiang, Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva dan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa antara pemimpin dunia yang dijangka hadir ke sidang kemuncak berkenaan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619