MB: Dana RM4 bilion laksana projek mitigasi banjir seluruh negeri

14 Okt 2025, 9:00 AM
MB: Dana RM4 bilion laksana projek mitigasi banjir seluruh negeri
MB: Dana RM4 bilion laksana projek mitigasi banjir seluruh negeri
MB: Dana RM4 bilion laksana projek mitigasi banjir seluruh negeri

SHAH ALAM, 14 OKT: Kerajaan persekutuan menyalurkan RM3.5 bilion dengan tambahan RM500 juta oleh Kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek mitigasi banjir di seluruh Selangor.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata dana yang dibelanjakan merupakan bukti kesungguhan kerajaan dalam melindungi rumah, harta benda dan keselamatan rakyat di negeri ini.

“Pasukan teknikal aktif turun padang untuk menilai punca banjir dan memastikan projek-projek tertangguh dapat selesai segera.

“Kawasan-kawasan kritikal seperti Klang, Shah Alam, Subang Jaya, Kuala Selangor, Kajang, Selayang dan Sepang antara lokasi berisiko banjir yang sudah dilawati,” maklumnya menerusi Facebook.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari meninjau kawasan terjejas banjir di persimpangan Kiwa, Sepang pada 9 November 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Amirudin menambah pelaksanaan projek mitigasi akan melindungi ekonomi Selangor yang menjadi nadi industri dan perdagangan negara.

“Pembinaan projek seperti pembinaan kolam takungan, penaiktarafan sistem saliran dan pemulihan sungai dapat meningkatkan daya tahan bandar dan mengurangkan risiko bencana.

“Setiap yang dilaburkan hari ini adalah demi kesenangan masa depan agar Selangor sebagai negeri maju, selamat dan makmur, walau apa jua cabaran cuaca yang mendatang,” ujarnya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619